Demi Masa

Pengumuman

    • AJK KRT dan warga Taman Kobena...Sila hantar kadar segera kepada SU (Hj.Rosli) 2 keping gambar saiz IC dan sesalinan fotostat IC untuk tujuan permohonan pendaftaran dan kad kuasa keahlian KRT & SRS. Terima Kasih.

    • Tarikh Hari Raya Korban tahun ni ialah pada hari Ahad , 6hb November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432. Sekian pengumuman raya dari Unit Multimedia Krt Taman Kobena

    • Selamat datang ke laman blogspot KRT Taman Kobena. Dijemput hadirin dan hadirat untuk mengunjungi laman sensawang ini. Sekian Terima Kasih

    • Kepada sesiapa yg ingin mengambil artikel didalam blog ini, diharap dpt meletakkan sumbernya bersama. Semoga ilmu islam semakin berkembang di alam maya...

Thaqafah

Suka blog ini?

Waktu Solat

KRT Bloggers

  • Jalan Sentosa 16, Taman Nusa Damai - Majlis Khatam Al-Quran diserikan dengan paluan kompang Jiran Muda Zon Sentosa sebagai pembukaan majlis. Selesai bacaan...
    9 years ago
  • AKTIVITI BERGAMBAR *PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERBUKA KRT * * CAHAYA MASAI * ...
    13 years ago
  • KRT Adun Permas Jaya (Zon Pasir Gudang) Telah mengadakan majlis Perpisahan kepada En Mansor Bin Mohd Hashim Pen.Pengarah JPNIN Negeri Johor yang telah ber...
    14 years ago

Total Pageviews

Singgah Selalu

Peranan Jawatankuasa Rukun Tetangga 



 Pengerusi
  1. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab ke atas kelancaran perjalanan mesyuarat ( 2 bulan sekali )
  2. Merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti muhibbah, perpaduan, kejiranan  dan sebagainya.
  3. Mempastikan bahawa aktiviti-aktiviti Jawatankuasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesan
  4. Boleh menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Bendahari
  5. Boleh meluluskan bersama Bendahari perbelanjaan yang tidak melebihi RM200.00 tetapi perlu dilaporkan kemudian kepada Mesyuarat JKRT untuk disahkan.
  6. Bertanggungjawab membentangkan semua anggaran perbelanjaan yang melebihi RM200.00 untuk kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rukun Tetangga sebelum melakukan perbelanjaan
  7. Boleh menandatangani baucer bayaran untuk sebarang pengeluaran wang dari bank untuk tujuan pembayaran
  8. Bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan yang disediakan oleh Bendahari. 
  
Timbalan Pengerusi
  1. Membantu Pengerusi menjalankan tugas-tugasnya.
  2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa (semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, ahli-ahli yang hadir hendaklah melantik dikalangan mereka seorang PENGERUSI SEMENTARA)
Setiausaha
  1. Bekerjasama rapat dengan Pengerusi
  2. Memanggil mesyuarat Jawatankuasa dari semasa ke semasa bila difikirkan perlu
  3. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit itu untuk makluman dan/atau tindakan Ahli-ahli Jawatankuasa
  4. Menguruskan surat-surat dan pentadbiran am
  5. Menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa mengenai perkara-perkara penting yang mungkin berbangkit dari masa ke semasa
  6. Membantu Pengerusi merancang kegiatan-kegiatan RT
  7. Mengawasi pelaksanaan kegiatan-kegiatan RT
  8. Boleh mengeluarkan resit bagi terimaan wang/cek ketika ketiadaan Bendahari
  9. Bertanggungjawab semasa ketiadaan Bendahari; memasukkan wang/cek yang diterima ke dalam akaun bank dan mempastikan cek dimasukkan ke dalam akaun bank sebelum tempoh lakunya luput
  10. Boleh menandatangani pengeluaran wang daripada akaun bank bersama Bendahari
  11. Boleh meluluskan bersama Bendahari perbelanjaan yang tidak melebihi RM200.00 tetapi perlu dilaporkan kemudian kepada Mesyuarat Jawatankuasa RT untuk disahkan
  12. Bertanggungjawab membentangkan semua anggaran perbelanjaan melebihi RM200.00 untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa RT sebelum melakukan perbelanjaan
  13. Boleh menandatangani baucer bayaran untuk sebarang pengeluaran dari bank atau untuk tujuan pembayaran
  14. Bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan bulanan dan tahunan yang disediakan oleh Bendahari
  15. Bertanggungjawab mengendalikan rekod harta benda/inventori dan stok barang-barang RT
  16. Bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak bank dan pihak-pihak lain yang berkenaan apabila terdapat perubahan atau penggantian samada PENGERUSI/ SETIAUSAHA/ BENDAHARI dalam JKRT 
 Penolong Setiausaha
  1. Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugasnya termasuk pentadbiran am
 Bendahari
  1. Hendaklah bertanggungjawab ke atas pentadbiran kewangan Jawatankuasa
  2. Bertanggungjawab mengeluarkan resit bagi terimaan wang/cek
  3. Boleh menyimpan wang dalam tangan tidak melebihi daripada RM200.00 untuk perbelanjaan-perbelanjaan kecil dan kecemasan.
  4. Bertanggungjawab memasukkan semua wang/cek yang diterima dalam akaun bank dan memastikan cek dimasukkan dalam bank sebelum tempoh lakunya luputMenjadi penandatangan wajib apabila dalam sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank samada bersama Pengerusi atau Setiausaha
  5. Bertanggungjawab menyediakan dan menandatangani baucer untuk sebarang pengeluaran wang dari bank atau untuk tujuan pembayaran
  6. Menyelenggarakan rekod kewangan seperti buku tunai, resit, baucer bayaran/bil, buku cek, penyata bank, dokumen-dokumen lain yang berkaitan
  7. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan penyata bulanan tentang penerimaan dan perbelanjaan wang RT kepada Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebelum 15 haribulan, bulan berikutnya.
  8. Bertanggungjawab melaporkan kedudukan kewangan KRT setiap kali mesyuarat diadakan
  9. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Perbelanjaan Tahunan dan membentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga setelah diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalaman.
 AJK KRT
  1. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa
  2. Memberi idea-idea bernas /konstruktif dan membina bagi memantapkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan
  3. Mempunyai hubungan yang rapat dan baik di kalangan ahli dan mampu memberi perkhidmatan sukarela yang baik di dalam masyarakat
  4. Turut terlibat secara langsung di dalam mempastikan kejayaan pelaksanaan Jiran Tetangga Wanita, Jiran Muda, Jiran Usia Emas, program-program Tunas Jiran serta Biro-biro Kecil di dalam Kawasan Rukun Tetangga
Peranan AM
  1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sebagai contoh untuk ahli-ahli masyarakat
  2. Memiliki nilai-nilai kepimpinan
  3. Berkaliber, efisyen dan berdedikasi
  4. Mengetahui segala maklumat/ aspek di dalam Kawasan Rukun Tetangga
  5. ALERT dengan apa yang berlaku di dalam KRT
  6. Hubungan yang baik dengan semua NGO yang wujud di dalam KRT
  7. Hubungan yang baik dengan Jabatan-jabatan Kerajaan
  8. Mempunyai 'strength' dan 'team work'
  9. Cekap untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk merancang strategi bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan kebaikan kepada ahli-ahli masyarakat 
Penutup
Dengan adanya sokongan yang padu di kalangan AJK KRT serta sokongan daripada pihak masyarakat dan agensi-agensi lain, adalah diharapkan JKRT dapat memberi sumbangan yang terbaik di dalam membangunkan satu-satu komuniti di dalam aspek turut menjayakan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

Category : edit post

Demi Masa

Mini Info

    • SILA GUNAKAN "MOZILLA FIREFOX" UNTUK PAPARAN TERBAIK.

    • LAMAN WEBSITE KRT KOBENA AKAN BOLEH DILAYARI PADA 9 NOVEMBER 2011.HARAP MAAF.

Laman Link

Laman Sembang

Popular Posted

Ulama Nusantara

Dr Yusof AlQardhowi

Dr Yusof Qardhowi

Habib Abdul Qadir

Habib Abdul Qadir Al-Saqaf

Abu Bakar Al-Attas

Syeikh Abu Bakar Al-Attas

Uthman Zein Al-Yamani

Syeikh Ismail Uthman Zein Al-Yamani

AbuHasanAlial-HasaniAn-Nadwi

Syeikh Abu Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi

SaiyyidSabiq

Syeikh Sayyid Sabiq

SaidHawwa

Syeikh Said Hawwa

SolehAl-Jafari

Syeikh Soleh Al-Ja'fari

ZakiIbrahim

Syeikh Zaki Ibrahim

Sya'rawi

Syeikh Sya'rawi

AbdHalimMahmud

Syeikh Abdul Halim Mahmud

MohdKhalilKhatib

Syeikh Mohd Khalil Khatib

YusufKanada

Syeikh Yusuf Kanada

AliAs-Sobuni

Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni

AbdulKareemBanjari

Syeikh Abdul Kareem Banjari

DrSaadSaadGawish

Syeikh Dr Saad Saad Gawish

AlwiMalikiAl-Hasani

Syeikh Muhammad Alwi Maliki Al-Hasani

HabibUmar

Al-Habib Umar bin Salim bin Hafidz

HabibAli

Al-Habib Ali Al-Jufri

MuhammadIbrahim

Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani

UmarAbdullahKamil

Dr Umar Abdullah Kamil

MohdRabi

Syeikh Muhammad Rabi' bersama Ustaz Husni Ginting

RamadhanBouti

Syeikh Dr Said Ramadhan Al-Bouti bersama Al-Habib Ali

Syiekh Ali Jumaah

Syeikh Ali Jumaah

YAB Tuan Guru

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Cari Laman Disini

Followers

Visitors Blog